GigVenture

Untuk organisasi

Panduan HR & Perolehan Latihan AI

Maklumat untuk merancang latihan, menyediakan brief dan mendapatkan cadangan program bagi organisasi anda.

Mulakan dengan keperluan pasukan

Anda tidak perlu memilih modul terlebih dahulu. Beritahu fungsi jabatan, tugasan yang ingin diperbaiki dan tahap peserta supaya cadangan dapat disesuaikan.

  1. Nyatakan organisasi, fungsi peserta dan sasaran latihan.
  2. Kongsi anggaran peserta, tarikh, lokasi atau pilihan dalam talian.
  3. Terima cadangan skop dan sebut harga untuk semakan dalaman.

Rangka kursus untuk semakan dalaman

Gunakan rangka kursus asas ini untuk menilai kesesuaian. Agenda akhir diselaraskan dengan keperluan organisasi.

Perkara yang mempengaruhi sebut harga

  • Bilangan peserta, tempoh dan tahap penyesuaian modul.
  • Lokasi, perjalanan, tempat latihan dan keperluan teknikal.
  • Akaun perisian, lesen atau kredit yang diperlukan untuk aktiviti.
  • Bahan peserta, dokumentasi dan bentuk susulan yang dipersetujui.

Perkara yang termasuk dan tidak termasuk dinyatakan dalam cadangan rasmi.

Dokumen dan HRD Corp

Nyatakan jika organisasi memerlukan profil syarikat, profil jurulatih, dokumen pendaftaran atau maklumat kursus untuk permohonan. Dokumen berkaitan disediakan mengikut keperluan semakan.

Status penyedia latihan, kesesuaian kursus dan kelulusan tuntutan organisasi perlu disemak secara berasingan. Sebarang tuntutan tertakluk kepada syarat serta kelulusan HRD Corp.

Jika program dirancang di bawah HRD Corp Claimable Courses, semak tempoh kelulusan geran dan syarat tarikh latihan bersama unit HR sebelum mengesahkan tarikh. Rujuk syarat semasa HRD Corp →

Persediaan peserta

  • Sediakan laptop dan internet yang stabil.
  • Semak akses akaun bersama admin sebelum latihan.
  • Gunakan data contoh, awam atau bahan organisasi yang dibenarkan.
  • Tetapkan wakil jabatan untuk menyelaras konteks dan maklum balas.

Soalan lazim tentang latihan organisasi

Latihan ni untuk siapa?

Untuk semua. Agensi kerajaan dan GLC, syarikat swasta dan SME, malah kreator dan usahawan individu. Setiap modul boleh disesuaikan ikut fungsi dan tahap peserta.

Latihan ni boleh dituntut HRD Corp?

GigVenture ialah HRD Corp Registered Training Provider. Kelayakan tuntutan bergantung pada status program, kelayakan organisasi dan kelulusan HRD Corp. Nyatakan keperluan tuntutan semasa meminta cadangan supaya dokumen berkaitan boleh disediakan untuk semakan unit HR.

Boleh datang latih di premis kami?

Boleh. Kami jalankan latihan in-house di premis anda di seluruh Malaysia, atau di lokasi pilihan anda. Sesi dalam talian juga tersedia mengikut keperluan.

Berapa minimum peserta untuk satu sesi?

Fleksibel. Kebanyakan sesi in-house sesuai untuk 10 peserta ke atas, tetapi kami boleh susun format untuk kumpulan lebih kecil atau lebih besar. Beritahu kami keperluan anda dalam borang sebut harga.

Latihan disampaikan dalam bahasa apa?

Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dengan istilah teknikal dalam Bahasa Inggeris, supaya mudah difahami semua peserta. Sesi sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris juga boleh diatur atas permintaan.

Berapa lama untuk dapat sebut harga?

Sebut harga rasmi bersama cadangan modul dihantar ke e-mel anda dalam masa 24 jam bekerja selepas anda hantar borang.

Coach Khairul mengendalikan sesi latihan

Jurulatih utama

Coach Khairul

Khairul Ikhwan Zulkefly
Pengasas & Jurulatih Utama GigVenture

Kenali jurulatih →