Latihan untuk organisasi
AI Productivity Masterclass
Latihan asas menggunakan ChatGPT untuk menyediakan draf dokumen rasmi, minit mesyuarat, e-mel dan SOP. Peserta berlatih melalui tugasan pejabat dan menyemak hasil sebelum digunakan.
Untuk pasukan anda
Siapa yang sesuai?
- Pegawai pentadbiran dan operasi
- Unit HR dan latihan
- Staf bukan IT yang menguruskan dokumen dan komunikasi
Hasil pembelajaran
Sepanjang program, peserta dibimbing untuk:
- Membina prompt dengan konteks, sumber, format dan batas tugasan.
- Menghasilkan draf memo, e-mel dan minit mesyuarat daripada bahan contoh.
- Menyusun SOP yang menetapkan pihak bertanggungjawab dan langkah semakan.
- Menyemak fakta, maklumat sensitif dan kesesuaian hasil sebelum digunakan.
Belajar melalui tugasan
Agenda
Agenda asas ini boleh disesuaikan mengikut fungsi jabatan, tahap peserta dan akses perisian. Skop akhir dipersetujui dalam cadangan program.
Hari 1Prompt dan dokumen kerja
Konteks kerja dan penggunaan AI
Petakan satu tugasan berulang dan kenal pasti bahagian yang memerlukan semakan manusia.
Prompt yang boleh digunakan semula
Bina arahan untuk e-mel dan memo, kemudian bandingkan hasil dengan brief.
Minit dan tindakan mesyuarat
Tukar nota contoh kepada minit, senarai tindakan dan perkara yang belum disahkan.
Hari 2SOP dan aliran kerja pasukan
Dokumen daripada sumber
Sediakan ringkasan berstruktur dan semak fakta terhadap dokumen rujukan.
SOP untuk tugasan rutin
Tetapkan langkah, input, tanggungjawab dan tahap kelulusan.
Semakan hasil dan pelan penggunaan
Bentangkan satu aliran kerja, baiki output berdasarkan maklum balas dan sediakan senarai semak penggunaan.
Contoh output
Nota mesyuarat kepada tindakan
Demonstrasi menggunakan data rekaan. Ini bukan hasil pelanggan.
Bahan contoh
Data rekaan: Pasukan akan menyemak inventori pada 15 Oktober. Aina menyediakan senarai item. Farid mengesahkan jadual. Bajet belum diluluskan.
Hasil yang boleh disemak
Tindakan 1: Aina menyediakan senarai item.
Tindakan 2: Farid mengesahkan jadual semakan inventori.
Perlu pengesahan: tahun, masa, lokasi dan bajet.
Semakan manusia: AI tidak patut mengisi tarikh akhir atau bajet yang tiada dalam nota.
Keperluan peserta
- Laptop, internet dan akaun ChatGPT yang dibenarkan organisasi.
- Latihan asas boleh menggunakan akaun percuma. Had penggunaan mungkin berbeza; ciri berbayar hanya digunakan jika dipersetujui.
- Gunakan data rekaan, bahan awam atau bahan yang dibenarkan oleh organisasi untuk aktiviti latihan.
Jurulatih utama
Coach Khairul
Khairul Ikhwan Zulkefly
Pengasas & Jurulatih Utama GigVenture
Jejak penglibatan
Kenali konteks penglibatan GigVenture dalam program dan komuniti AI.
Baca cerita program →