2025
AIGenFEST 2025
Festival AI anjuran bersama dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), menampilkan segmen AI Podcast Forum dan AI Spotlight untuk mendekatkan Generative AI kepada komuniti kampus dan usahawan.
Jenama GigVenture telah beroperasi sejak 2020 dan kini diperbadankan sebagai GIG VENTURE SDN BHD. Misi kami tetap sama: jadikan Generative AI dan teknologi kreatif mudah diakses oleh setiap kreator, usahawan dan organisasi Malaysia, tak kira latar belakang teknikal.
Menjadi rakan latihan pilihan Malaysia dalam penguasaan praktikal Generative AI dan teknologi kreatif.
Menyampaikan latihan hands-on yang menjimatkan masa kerja, mengurangkan kesilapan manual dan meningkatkan produktiviti setiap peserta.
Khairul Ikhwan Zulkefly, atau lebih dikenali sebagai Coach Khairul, ialah pengasas GigVenture dan jurulatih utama kami. Beliau antara suara awal di Malaysia yang membawa latihan Generative AI kepada organisasi dan usahawan dalam bahasa yang mudah difahami.
Sebelum GigVenture, beliau merupakan COO sebuah syarikat penghantaran di Pantai Timur, menguruskan lebih 100 vendor dan 300 runner. Pengalaman operasi sebenar inilah yang membentuk pendekatan latihan kami: praktikal, terus kepada hasil.
Peserta terus mempraktikkan konsep yang dipelajari melalui tugasan yang berkaitan dengan kerja mereka. Slaid hanya pelengkap, bukan kandungan utama.
Kami ajar dalam Bahasa Melayu dengan istilah teknikal yang diterangkan, supaya tiada peserta tertinggal.
Modul, contoh dan aktiviti disesuaikan mengikut fungsi jabatan, tahap peserta dan keperluan organisasi.
Kami tekankan keselamatan data, amalan perlindungan data dan batasan AI dalam setiap modul yang kami sampaikan.
Kami bukan sekadar bercakap tentang AI, kami membawanya ke pentas dan bilik latihan sebenar.
2025
Festival AI anjuran bersama dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), menampilkan segmen AI Podcast Forum dan AI Spotlight untuk mendekatkan Generative AI kepada komuniti kampus dan usahawan.
Latihan In-House
Bengkel Applied AI untuk produktiviti dan kreativiti di Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), memfokuskan penggunaan praktikal Generative AI dan prompt engineering.