AI Productivity Masterclass
2 HariLatihan asas menggunakan ChatGPT untuk menyediakan draf dokumen rasmi, minit mesyuarat, e-mel dan SOP. Peserta berlatih melalui tugasan pejabat dan menyemak hasil sebelum digunakan.
13 modul sedia ada dengan aktiviti hands-on dan boleh disesuaikan ikut fungsi organisasi anda. Harga melalui sebut harga rasmi.
13 modul dipaparkan
Latihan asas menggunakan ChatGPT untuk menyediakan draf dokumen rasmi, minit mesyuarat, e-mel dan SOP. Peserta berlatih melalui tugasan pejabat dan menyemak hasil sebelum digunakan.
Teknik menulis arahan AI yang tepat: struktur prompt, konteks, contoh dan iterasi. Sesuai untuk pasukan yang sudah menggunakan AI tetapi masih memperoleh hasil yang tidak konsisten.
Latihan menyusun maklumat resume contoh untuk semakan pegawai HR serta menyediakan draf deskripsi tugas, soalan temu duga, surat rasmi dan polisi dalaman. Penilaian calon serta keputusan akhir kekal di bawah tanggungjawab pegawai yang berkenaan.
Analisis spreadsheet, rumusan data, carta automatik dan laporan bulanan dengan AI. Tak perlu tahu formula kompleks.
Dibimbing oleh Canva Canvassador. Slaid, poster, laporan dan brand kit organisasi yang nampak profesional, tanpa perlu upah designer.
Fungsi AI dalam Canva: Magic Write, Magic Media, Bulk Create dan resize automatik. Untuk pasukan yang dah biasa dengan Canva asas.
Copywriting, kalendar kandungan, iklan dan strategi media sosial yang dijana bersama AI. Untuk pasukan pemasaran dan komunikasi korporat.
Video pendek, voice-over AI, storyboard dan visual kempen untuk media sosial dan majlis rasmi organisasi.
Bina aliran kerja komunikasi, dokumen dan briefing dengan Gemini untuk organisasi yang menggunakan Google Workspace. Aktiviti disesuaikan dengan akses akaun dan tetapan admin.
Gunakan NotebookLM (kini Gemini Notebook) untuk merumuskan dokumen, menyediakan ringkasan dan menghasilkan Audio Overview. Semak petikan serta maklumat penting dengan dokumen sumber sebelum digunakan.
Sambungkan aplikasi harian dan automasikan kerja berulang: kutipan data borang, notifikasi, laporan berkala. Tanpa perlu menulis kod.
Bina dan besarkan bisnes digital dengan AI: produk, pemasaran dan operasi harian. Berdasarkan pengalaman mentoring program eUsahawan MDEC.
Polisi penggunaan AI dalam organisasi, keselamatan data, kawalan halusinasi dan amalan perlindungan data. Untuk pengurusan dan pegawai kanan.
Kami reka modul khas ikut masalah sebenar organisasi anda. Ceritakan cabaran pasukan, kami bina kurikulum dan hantar cadangan bersama sebut harga.