Latihan untuk organisasi
Prompt Engineering Praktikal
Teknik menulis arahan AI yang tepat: struktur prompt, konteks, contoh dan iterasi. Sesuai untuk pasukan yang sudah menggunakan AI tetapi masih memperoleh hasil yang tidak konsisten.
Untuk pasukan anda
Siapa yang sesuai?
- Staf yang sudah menggunakan AI tetapi hasilnya tidak konsisten
- Pasukan pentadbiran, operasi dan komunikasi
- Pegawai yang mahu menyediakan arahan kerja AI untuk kegunaan pasukan
Hasil pembelajaran
Sepanjang program, peserta dibimbing untuk:
- Membina prompt yang menyatakan tugasan, konteks, sumber dan format hasil.
- Menentukan batas jawapan apabila maklumat tidak lengkap.
- Menguji beberapa versi prompt menggunakan contoh dan kriteria semakan yang sama.
- Menyediakan pustaka prompt dengan panduan penggunaan serta semakan manusia.
Belajar melalui tugasan
Agenda
Agenda asas ini boleh disesuaikan mengikut fungsi jabatan, tahap peserta dan akses perisian. Skop akhir dipersetujui dalam cadangan program.
Hari 1Arahan jelas, ujian dan penambahbaikan
Mendiagnosis arahan kabur
Bandingkan hasil dua arahan dan kenal pasti konteks, sumber atau format yang tidak dinyatakan.
Struktur prompt kerja
Tulis prompt untuk memo atau ringkasan dengan audience, tujuan, fakta dibenarkan dan batas tugasan.
Ujian dan iterasi
Uji prompt pada tiga input termasuk maklumat tidak lengkap; nilai ketepatan, format dan perkara yang direka.
Pustaka prompt pasukan
Sediakan prompt boleh guna semula dengan ruang input, contoh hasil dan checklist semakan sebelum digunakan.
Contoh output
Arahan kabur kepada prompt yang boleh diuji
Demonstrasi menggunakan data rekaan. Ini bukan hasil pelanggan.
Bahan contoh
Data rekaan: Minta AI menyediakan e-mel jemputan latihan. Tarikh, lokasi dan penerima belum diberikan.
Hasil yang boleh disemak
Tugasan: Sediakan draf e-mel jemputan latihan berdasarkan brief.
Sumber: Gunakan fakta dalam brief sahaja.
Batas: Tandakan maklumat yang belum ada sebagai [perlu pengesahan].
Format: Subjek, tujuan, butiran latihan dan tindakan penerima.
Semakan manusia: Uji sama ada model masih mereka tarikh atau lokasi. Prompt membantu mengawal hasil tetapi tidak menggantikan semakan manusia.
Keperluan peserta
- Laptop, internet dan akaun AI penulisan yang dibenarkan organisasi.
- Bawa satu contoh tugasan berulang yang tidak mengandungi maklumat sulit; data rekaan disediakan untuk aktiviti.
- Ciri dan had akaun boleh berbeza. Aktiviti dipilih berdasarkan akses peserta dan tidak menjanjikan hasil seragam antara model.
Jurulatih utama
Coach Khairul
Khairul Ikhwan Zulkefly
Pengasas & Jurulatih Utama GigVenture
Jejak penglibatan
Kenali konteks penglibatan GigVenture dalam program dan komuniti AI.
Baca cerita program →