GigVenture

Latihan untuk organisasi

Google Gemini Untuk Workspace

Bina aliran kerja komunikasi, dokumen dan briefing dengan Gemini untuk organisasi yang menggunakan Google Workspace. Aktiviti disesuaikan dengan akses akaun dan tetapan admin.

Untuk pasukan anda

Siapa yang sesuai?

  • Pasukan yang menggunakan Google Workspace
  • Unit perancangan, penyelidikan dan pelaporan
  • Pegawai yang menyediakan briefing dan bahan pembentangan

Hasil pembelajaran

Sepanjang program, peserta dibimbing untuk:

  • Memilih aliran kerja Gemini yang sepadan dengan akses akaun organisasi.
  • Menyediakan draf komunikasi dan dokumen daripada brief.
  • Menukar bahan rujukan kepada briefing serta rangka pembentangan.
  • Menyemak sumber, angka dan perkongsian dokumen sebelum digunakan.

Belajar melalui tugasan

Agenda

Agenda asas ini boleh disesuaikan mengikut fungsi jabatan, tahap peserta dan akses perisian. Skop akhir dipersetujui dalam cadangan program.

Hari 1Akaun, prompt dan komunikasi
  1. Semakan akses dan peta tugasan

    Kenal pasti aplikasi yang tersedia serta tugasan yang sesuai dengan polisi organisasi.

  2. E-mel dan dokumen

    Bina draf komunikasi dan ringkasan berdasarkan brief dalam aplikasi yang tersedia.

  3. Maklumat berstruktur

    Susun bahan contoh kepada jadual tindakan dan semak setiap butiran dengan sumber.

Hari 2Briefing dan pembentangan
  1. Membaca dan menyemak sumber

    Bezakan fakta sumber, inferens dan maklumat yang belum dapat disahkan.

  2. Dari briefing kepada rangka slaid

    Sediakan mesej utama, susunan pembentangan dan senarai sumber.

  3. Aliran kerja jabatan

    Gabungkan tugasan menjadi satu proses. Tetapkan pihak yang bertanggungjawab menyemak hasil dan mengawal perkongsian dokumen.

Contoh output

Sumber kepada briefing

Demonstrasi menggunakan data rekaan. Ini bukan hasil pelanggan.

Bahan contoh

Data rekaan: 18 daripada 24 borang maklum balas telah diterima. Enam borang masih belum diterima. Tiada skor kepuasan diberi.

Hasil yang boleh disemak

Status respons: 18/24 borang, bersamaan 75%.
Susulan: enam borang belum diterima.
Kesimpulan kepuasan: belum boleh ditentukan.

Semakan manusia: Kadar respons 75% bukan skor kepuasan 75%. Semak definisi sebelum membentangkan angka.

Keperluan peserta

  • Laptop, internet dan akaun Google Workspace organisasi.
  • Akses Gemini bergantung pada edisi, lesen, tetapan admin dan rollout. Semakan akses dibuat sebelum agenda akhir dipersetujui.
  • Bawa bahan contoh yang dibenarkan. Latihan menggunakan data rekaan jika dokumen kerja tidak boleh dikongsi.
Panduan akses Google →
Coach Khairul mengendalikan sesi latihan

Jurulatih utama

Coach Khairul

Khairul Ikhwan Zulkefly
Pengasas & Jurulatih Utama GigVenture

Kenali jurulatih →

Jejak penglibatan

Kenali konteks penglibatan GigVenture dalam program dan komuniti AI.

Baca cerita program →