Latihan untuk organisasi
NotebookLM Untuk Penyelidikan
Gunakan NotebookLM (kini Gemini Notebook) untuk merumuskan dokumen, menyediakan ringkasan dan menghasilkan Audio Overview. Semak petikan serta maklumat penting dengan dokumen sumber sebelum digunakan.
Untuk pasukan anda
Siapa yang sesuai?
- Unit penyelidikan, dasar dan perancangan
- Pegawai yang menyediakan briefing berasaskan dokumen
- Pasukan yang perlu menyemak maklumat daripada pelbagai sumber
Hasil pembelajaran
Sepanjang program, peserta dibimbing untuk:
- Memilih sumber yang sesuai dan dibenarkan untuk notebook kerja.
- Membina soalan yang menghubungkan objektif kajian dengan bahan rujukan.
- Menyediakan ringkasan dan jadual perbandingan dengan rujukan yang boleh diperiksa.
- Membezakan fakta sumber, percanggahan dan perkara yang belum dapat disimpulkan.
Belajar melalui tugasan
Agenda
Agenda asas ini boleh disesuaikan mengikut fungsi jabatan, tahap peserta dan akses perisian. Skop akhir dipersetujui dalam cadangan program.
Hari 1Sumber kepada briefing yang boleh disemak
Pemilihan dan penyusunan sumber
Nilai tarikh, pemilik dan skop tiga dokumen contoh; asingkan versi lama daripada rujukan yang masih berkuat kuasa.
Soalan dan rujukan
Ajukan soalan khusus, buka petikan sokongan dan semak sama ada sumber menyokong rumusan yang diberikan.
Perbandingan dokumen
Bina jadual persamaan, perbezaan dan maklumat yang tiada tanpa mengisi jurang dengan andaian.
Briefing dan semakan rakan
Sediakan briefing satu halaman dengan keputusan yang boleh dibuat, perkara belum jelas dan senarai sumber; semak bersama rakan.
Contoh output
Dua sumber kepada jadual semakan
Demonstrasi menggunakan data rekaan. Ini bukan hasil pelanggan.
Bahan contoh
Data rekaan: Dokumen A menyatakan 18 borang diterima pada 2 September. Dokumen B menyatakan 24 borang diedarkan. Kedua-duanya tidak menyatakan skor kepuasan.
Hasil yang boleh disemak
Borang diterima: 18 — sumber A.
Borang diedarkan: 24 — sumber B.
Semak dahulu: adakah kedua-dua dokumen merujuk kumpulan dan tempoh yang sama?
Skor kepuasan: tidak dinyatakan.
Semakan manusia: Buka rujukan dan semak konteks asal. Kewujudan petikan bukan jaminan rumusan tepat; jangan samakan kadar respons dengan kepuasan.
Keperluan peserta
- Laptop, internet dan akses NotebookLM yang dibenarkan organisasi.
- Gunakan dokumen awam, data rekaan atau bahan yang telah mendapat kebenaran. Semak tetapan akaun dan polisi organisasi sebelum menambah sumber.
- Had sumber dan fungsi bergantung pada akaun. Latihan tidak memerlukan pembelian lesen sebelum semakan akses dibuat.
Jurulatih utama
Coach Khairul
Khairul Ikhwan Zulkefly
Pengasas & Jurulatih Utama GigVenture
Jejak penglibatan
Kenali konteks penglibatan GigVenture dalam program dan komuniti AI.
Baca cerita program →