GigVenture

Latihan untuk organisasi

Marketing AI Masterclass

Copywriting, kalendar kandungan, iklan dan strategi media sosial yang dijana bersama AI. Untuk pasukan pemasaran dan komunikasi korporat.

Untuk pasukan anda

Siapa yang sesuai?

  • Pasukan pemasaran dan komunikasi korporat
  • Pegawai yang menyediakan bahan media sosial
  • Usahawan yang menguruskan kandungan sendiri

Hasil pembelajaran

Sepanjang program, peserta dibimbing untuk:

  • Membina brief kempen yang menetapkan kumpulan sasaran, tujuan, saluran komunikasi dan panduan jenama.
  • Menghasilkan variasi copywriting yang berpandukan fakta tawaran.
  • Menyusun kalendar kandungan dan rangka visual yang konsisten.
  • Menilai hasil berdasarkan ketepatan, identiti jenama dan kesesuaian saluran komunikasi.

Belajar melalui tugasan

Agenda

Agenda asas ini boleh disesuaikan mengikut fungsi jabatan, tahap peserta dan akses perisian. Skop akhir dipersetujui dalam cadangan program.

Hari 1Brief, mesej dan copywriting
  1. Kumpulan sasaran dan tujuan kempen

    Bina brief yang menetapkan tawaran, kumpulan sasaran, saluran komunikasi dan maklumat yang boleh digunakan.

  2. Copywriting dengan AI

    Hasilkan beberapa variasi hook dan caption, kemudian semak fakta serta nada.

  3. Kalendar kandungan

    Susun idea mengikut tujuan, format, pihak bertanggungjawab dan cadangan tarikh penerbitan.

Hari 2Visual, semakan dan pelaksanaan
  1. Rangka visual berasaskan brief

    Bina susunan mesej dan arahan visual yang berpandukan panduan jenama.

  2. Satu idea kepada beberapa format

    Sesuaikan mesej untuk saluran berbeza tanpa mengubah fakta tawaran.

  3. Semakan kempen

    Bentangkan set bahan, semak hak aset dan sediakan senarai semak sebelum penerbitan.

Contoh output

Brief kepada kalendar kandungan

Demonstrasi menggunakan data rekaan. Ini bukan hasil pelanggan.

Bahan contoh

Data rekaan: Kempen bengkel pengurusan fail untuk staf baharu. Tujuan: terangkan manfaat dan kumpulkan minat. Harga dan tarikh belum ditetapkan.

Hasil yang boleh disemak

Kandungan 1: tip menamakan fail dengan konsisten.
Kandungan 2: contoh struktur folder pasukan.
Kandungan 3: jemputan daftar minat tanpa harga atau tarikh rekaan.

Semakan manusia: Semak bahawa copywriting tidak menjanjikan hasil, diskaun atau tarikh yang belum diluluskan.

Keperluan peserta

  • Laptop, internet serta akaun AI penulisan dan Canva yang dibenarkan.
  • Latihan asas disesuaikan dengan akaun yang tersedia. Lesen, kredit atau ciri premium dibincangkan sebelum program.
  • Gunakan panduan jenama dan aset milik sendiri atau berizin. Data pelanggan sebenar tidak diperlukan.
Coach Khairul mengendalikan sesi latihan

Jurulatih utama

Coach Khairul

Khairul Ikhwan Zulkefly
Pengasas & Jurulatih Utama GigVenture

Kenali jurulatih →

Jejak penglibatan

Kenali konteks penglibatan GigVenture dalam program dan komuniti AI.

Baca cerita program →